Apa
itu Istidraj...
Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa
kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt
dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan
kemungkaran?".
So,Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu
anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan
hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang
itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat
bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi
baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya
dia telah menimbulkan
kemurkaan Ar-Rahman.Teringat juga Fendi pd satu
penjelasan ustazah sekolah rendah dulu.
Ada member tanya kenapa
kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan.
Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau
kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan
mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya
merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar
lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.
Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and
interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp
timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..
Apakah dia
istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia
yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah
Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat
(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang
terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang
kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat
mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak
dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah
Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi
bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun
tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan
Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja..
Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup
tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta
mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.
Bila
kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga,
kalau masuk neraka, ramai-ramai.
Tak kisahlah! Sombongnya mereka,
takburnya mereka.
Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah
pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua
makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!
Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak
sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah
Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun
berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina
kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak
mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak
payah beribadat pun, rezeki datang
mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku,
katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang
banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s. a. w
bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah
terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu
atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak
membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap),
dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba
hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira,
tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat
kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,
namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri
lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan
dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat
Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya
disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak
ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena
dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama
hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka
Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi, jika
kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang
mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat
maksiat hidup senang /mewah.
Pemberian yang diberikan oleh Allah
pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan
untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi
jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah
kita katakan itu istidraj.
Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk
kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita
tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.
Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk
menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari
hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila
dia bersyukur nikmatnya.
Dia akan mengunakan pemberian ke jalan
kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka
segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang
diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
nescaya
selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
Salam..Semoga ilmu yg dikongsikan ini mendapat rahmatNYa n rezeki anak yg soleh. Insyallah.
ReplyDeleteEn. Abil : Inyallah... amin saya juga doakan akak cepat sembuh ye...
DeleteMacam mana nak dapatkan ubat to?
ReplyDeleteHarganya berapa?
ReplyDelete