Tuesday 8 May 2012

Manusia Akhir Zaman

Bayi lelaki masih hidup nyaris digigit anjing liar

IPOH 8 Mei - Seorang lelaki terkejut apabila menemui satu bungkusan beg plastik berisi bayi lelaki yang masih bernyawa di depan rumahnya di Anjung Bercham Indah, di sini malam tadi.
Lebih menyayat hati, ketika ditemui kira-kira pukul 11 malam, seekor anjing liar sedang mengheret bungkusan tersebut.
Tan Swee Kong, 45, berkata, pada mulanya dia menyangka anjing itu hanya mengheret plastik biasa, namun, setelah haiwan itu dilihat cuba menggigit sesuatu dalam bungkusan itu dia mula rasa curiga.
"Saya menghampiri bungkusan tersebut dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi seorang bayi lelaki yang masih hidup. Terdapat kesan calar pada badan bayi itu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Swee Kong yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga kawasan tersebut berkata, bayi itu bernasib baik apabila ditemui lebih awal kerana jika terlewat pasti dia menjadi habuan anjing berkenaan yang berkeliaran di kawasan tersebut.

- Semalam tgh borak-borak ng en.suami.. tiba2 mak panggil suruh tgk berita nie.. tak mampu nak ucap dengan kata-kata... manusia manakah yang sanggup biar anak mereka camni... kenapa mereka sanggup buang... kalu sue dapat jumpa dengan orang yang buat benda cam nie... nak jer dia tahu bgmana kita nie yang berusaha nak ada anak... tahu tak betapa perit kita lalui sume nie... tahu tak yang kita terpaksa berhabis duit untuk usaha mempunyai anak.... tahu tak dia yang kita juga terpaksa menahan sakit ... sakit stp kali menjalani rawatan... sakit dengan setiap kegagalan dan sakit dengan kata-kata orang di sekeliling.... Ya Allah.... tempat bayi ini di syurga Mu. Inyallah....
KAU mempunyai aturan sendiri untuk umat MU....
Aku sebagai hambaMu akan terus memohon... agar kalu berikan lah 
Zuriat Yang Dibuang ini Lahir Dari Rahim Aku... Agar Aku Dapat Mejaga & Membelai dia... Kerna Diri Ini Tak Sanggup Melihat Kesakitan Insan kecil ini  Ya... Allah.....

No comments:

Post a Comment

thanks sudi bagi comment awak awak sangat comel (◕‿◕✿)